icon-search
icon-search

TERBANGS JOURNEY 

202417614_4312428922110966_700242633117140925_n

Muhammad Haikal Mahdi atau dikenali dengan panggilan mesra sebagai HM merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1988 di Birmigham, England. Beliau telah berkahwin dengan Bonda Enie dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

HM pernah melakukan pelbagai jenis perniagaan seperti menjual pallet , produk kesihatan dan kek lapis. Pernah mencapai pendapatan sebanyak 4-5 angka sebulan sewaktu belajar hasil daripada perniagaan yang dilakukan.

Diputarkan semula kisah 8 tahun dahulu , semasa kelahiran anak sulung beliau , beliau tekad untuk memulakan perniagaan Kambing Terbangs hanya dibelakang rumah sahaja sebagai tempat operasi.Hanya menerima tempahan dari rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja.

Pada waktu itu juga , Bonda Enie dan HM keluar memberikan "flyer" di sekitar penduduk di Seremban.

Pada tahun 2015, Kambing Terbangs mula dikenali ramai. Operasi dibelakang rumah tidak lagi mampu menampung order yang masuk tiap hari dan HM terpaksa mencari kedai untuk mengembangkan lagi bisnes Kambing Terbangs. HM membuka restoran House Of Kambing Terbangs di Taman Tasik Jaya , Senawang.

88154008_2507571506171694_2070400031692685312_n


118402332_2660877760841067_3218695392232159231_n

HM mengikuti program NUH (Nak Ubah Hidup) anjuran Richwork telah memberi impak yang besar dengan peningkatan jualan sebanyak 10 kali ganda pada tahun 2019. Tahun 2019 juga Kambing Terbangs telah bertukar jenama kepada Terbangs dan sistem ejen mula diperkenalkan. Bermula dengan hanya 7 orang team sahaja.

Pada waktu 2020 , Covid telah melanda Malaysia , restoran terpaksa ditutup dan pada masa itu HM hanya fokus pada jualan produk sejuk beku Kambing Terbangs.

HM telah berjaya mara ke peringkat akhir "Risda Biz Challenge" dan telah mendapat geran dari pihak Risda sebanyak RM50K. Dengan geran yang diterima ,Terbangs membeli cold room untuk menampung penyimpanan produk Terbangs lebih 1 tan sehari.

Tahun 2021, HM memindahkan operasi Terbangs di bangunan 2 tingkat yang lebih besar bagi menampung permintaan tinggi dari pelanggan dan Team Terbangs.

Banyak cabaran HM dan Bonda Enie lalui sepanang menjalankan perniagaan. Hari ini Terbangs telah berjaya membantu ramai orang untuk mengubah hidup dan merealisasikan impian mereka dari zero hingga boleh buat jualan lebih puluhan ringgit.

264973457_4836362043050982_5556468029885888803_n249405020_4738722116148309_728854484845162258_n


Your cart is currently empty.
Continue shopping